Sunday 26 April 2015

Pengiraan bahan binaan rumah





CARA-CARA MEMBUAT ANGGARAN
Terdapat lima (5) cara yang masih digunakan untuk membuat anggaran ke atas sesebuah bangunan:
1. Isi padu bangunan (cubic content)
2. Luas lantai bangunan (floor area)
3. Penilaian unit (unit valuation)
4. Kuantiti nilaian hampir (approximate quantities)
5. Senarai kuantiti (bill of quantities)

1. Isi padu bangunan (cubic content)
Ini adalah cara yang paling kasar untuk membuat anggaran ke atas sesebuah bangunan itu bagi mendapatkan jumlah harga bangunan tersebut. Cara untuk mendapatkan isi padu bangunan itu ialah dengan mendarabkan panjang, lebar dan tinggi bangunan itu.

Faktor-faktor penting yang mesti diambil perhatian apabila mencari ukuran tinggi sesebuah bangunan itu apabila membuat anggaran dengan cara isi padu.
a. Jikalau sesebuah bangunan itu mempunyai bumbung curam (pitch roof), maka jumlah tingginya bangunan itu hendaklah di ukur dari paras permukaan asas (top of foundation) hingga ke paras siling dan ditambah separuh (setengah) tinggi tegak bumbung (vertical height). 
b. Jikalau sesebuah bangunan itu mempunyai bumbung atau atap rata (flat roof), maka jumlah tinggi bangunan itu hendaklah diukur dari paras permukaan asas hingga ke paras permukaan bumbung tambah 610mm tinggi.

Setelah mendapat ukuran panjang, lebar dan tinggi bangunan itu, maka isi padu bangunan itu boleh didapati dengan mendarabkan ketiga-tiga ukuran ini misalnya:
Panjang bangunan = 45 meter
Lebar bangunan = 15 meter
Tinggi bangunan = 20 meter
Jadi isi padu bangunan = panjang x lebar x tinggi tersebut
= 45 x 15 x 20
= 33,750 meter padu

Berdasarkan daripada harga 1 meter padu sebuah bangunan yang sama dalam segi pembinaan dan reka bentuknya, harga bagi 33750 meter padu bangunan yang tersebut di atas boleh di nilai.
Katakan harga bagi 1 meter padu sebuah bangunan yang sama reka bentuknya dari pengalaman yang lepas, sama juga Rm100.00 maka harga bagi 33,750 meter padu bangunan seperti di atas ialah Rm100.00 x 33,750 = Rm3,375,000.00 (Tiga juta tiga ratus tujuh puluh lima ribu)

2. Luas lantai bangunan (floor area)
Satu lagi cara untuk mendapatkan anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan itu ialah dengan menggunakan cara luas lantai bangunan tersebut. Sebagaimana yang diketahui, luas ialah panjang darab lebar. Oleh yang demikian, sama juga caranya untuk mendapatkan luas sesebuah bangunan itu dengan mendarabkan ukuran panjang bangunan tersebut dengan lebarnya. Ukuran panjang dan lebar bangunan itu hendaklah diambil dari permukaan luar dindingnya

Untuk mendapatkan harga anggaran bagi bangunan tersebut terlebih dahulu hendaklah diketahui harga satu meter persegi bangunan yang lain di mana cara pembinaan dan reka bentuk bangunan itu sama seperti bangunan yang hendak dianggarkan. Ini hanya boleh diketahui melalui pengalaman-pengalaman yang telah lalu. Katakan, dari pengalaman di masa lampau. Harga bagi satu meter persegi sebuah bangunan yang sama dari segi pembinaan dan reka bentuk yang sama ialah Rm100.00 maka harga anggaran bagi bangunan di mana luas lantainya berukuran 90 meter persegi sama juga 100.00 x 90 = Rm9,000.00 
Selain dari harga luas lantai bangunan itu, harga beberapa perkara lain hendaklah juga ditambah atau dijumlahkan dengan harga luas bangunan tersebut. Perkara-perkara yang dimaksudkan mestilah ada kaitannya dengan pembinaan bangunan tersebut seperti parit-parit, jalan, pagar, tanaman-tanaman rumput dan lain-lain kerja luar. Jadi harga bagi tiap-tiap perkara yang disebutkan itu hendaklah dijumlahkan dengan harga luas lantai bangunan tersebut. Maka jumlah ini ialah harga anggaran luas lantai bangunan yang dimaksudkan.

3. Penilaian unit (unit valuation)
Cara membuat anggaran seperti ini ialah dengan menggunakan kelengkapan-kelengkapan atau perkakas-perkakas yang ada atau yang terdapat di dalam sesebuah bangunan itu. Kelengkapan-kelengkapan ini memberi makna yang besar kepada sesebuah bangunan itu, sebagai contoh:
Jika sesebuah sekolah itu pernah dinilai kan sebanyak Rm1 juta dan boleh menampung 1,000 orang murid, maka harga untuk menempatkan satu meja murid bagi sekolah tersebut sebanyak ialah sebanyak Rm1 juta bahagi 1,000.00 = Rm1,000.00. maka nilaian ini boleh digunakan untuk mendapatkan nilai anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan sekolah yang lain di mana segi pembinaan dan reka bentuk sekolah itu sama.
Contohnya:
Sesebuah bangunan sekolah hendak dibina dan bangunan itu boleh menampung 2,000 orang murid-murid. Maka dengan menggunakan harga bagi satu meja murid yang diterangkan tadi. Iaitu sebanyak Rm1000.00 maka harga anggaran bagi bangunan sekolah tersebut keseluruhannya ialah Rm1000.00 x 2000 murid = Rm2,000,000.00
Cara-cara ini boleh juga digunakan untuk membina sebuah rumah sakit dengan mengira atau menghitung jumlah katil-katil pesakit, membina sebuah pawagam dengan mengira banyaknya tempat duduk. Penonton-penonton dan lain-lain lagi. Sekali lagi perlu ditegaskan, iaitu cara ini hanya boleh digunakan untuk bangunan-bangunan yang sama cara pembinaan dan reka bentuknya sahaja.

4. Kuantiti nilaian hampir (approximate quantities)
Cara ini adalah yang paling baik atau yang hampir tepat dari cara-cara yang telah disebutkan dahulu untuk mencari nilaian anggaran secara kasar. Dengan cara ini bahan-bahan kerja dikeluarkan dengan secara kasar dari lukisan-lukisan dan dinilai kan harga-harganya mengikut bahan-bahan yang tertentu. Cara-cara untuk mengeluarkan bahan-bahan kerja dan memberi harga-harga ke atasnya adalah seperti berikut:
a. Kerja mengorek parit tidak melebihi 1.5 meter dalam – dihargakan bagi satu meter padu.
b. Konkrit di dalam asas bangunan termasuk kayu dan papan penyokong dan juga keluli penguat – dihargakan bagi satu meter padu.
c. Konkrit untuk lantai tanah (ground floor concrete) termasuk lapisan asas (hardcore) dan hiasan lantai (floor finish) – dihargakan bagi satu meter persegi.
d. Konkrit untuk lantai atas (upper floor) termasuk kayu dan papan penyokong, keluli dan hiasan lantai – dihargakan bagi satu meter persegi.
e. Dinding bata termasuk plaster dan cat pada kedua-dua permukaan – dihargakan bagi satu meter persegi.
f. Kayu-kayu untuk atap atau bumbung dan siling – dihargakan bagi satu meter padu.
g. Penutup bumbung (roof covering) termasuk kayu beroti (battens) – dihargakan bagi satu meter persegi.
h. Tingkap dan pintu termasuk barang-barang besi (ironmongery), gelas, bingkai (frame) dan cat – dihargakan tiap-tiap satu mengikut saiznya.
i. Pertukangan kayu (joinery fittings) seperti almari, papan rak (shelves) dan lain-lain dihargakan tiap-tiap satu yang cukup.
j. Pemasangan paip (sanitary fittings) termasuk harga paip pada tiap perkakas (fittings).
k. Pemasangan alat-alat elektrik – dihargakan bagi tiap-tiap satu point.
l. Pengaliran najis (soil drainage) termasuk harga paip, penggalian parit dan lapisan konkrit di bawah – dihargakan bagi satu meter panjang.
m. Kerja-kerja luar seperti menanam rumput-rumput (turfing) dan memagar (fencing) dan lain-lain.
Jadi bahan-bahan yang telah dikeluarkan dari lukisan-lukisan atau pelan-pelan mengikut ukuran-ukuran di dalam unit-unit yang tertentu itu kemudiannya dihargakan bagi tiap-tiap satu unit dan jumlah harga bahan-bahan ini menjadi harga anggaran secara kasar ke atas projek tersebut.

5. Senarai kuantiti (bill of quantities)
Membuat anggaran dengan cara ini adalah yang paling baik dan tepat. Senarai-senarai bahan ini disediakan oleh Juruukur bahan yang mahir dan mengeluarkan segala bahan-bahan yang telah diukur dari lukisan-lukisan atau pelan-pelan dengan tepat dan kemudian dikumpulkan bahan-bahan tersebut dalam bentuk bilangan di bawah pecahan-pecahan tajuk yang tertentu. Si pemborong hanya dikehendaki mengisi ruangan harga-harga yang disediakan pada tiap-tiap ukurannya. Kemudian di darabkan bilangan bahan-bahan dengan harga-harga yang telah diisi untuk mendapatkan jumlah harga tawaran yang sebenarnya.


HARGA UNIT (UNIT RATES)

MENGENAL HARGA UNIT
Pada dasarnya tiap-tiap harga unit termasuk harga-harga seperti berikut:-
a. Buruh.
b. Harga bahan-bahan
c. Penggunaan jentera atau peralatan.
d. Keuntungan

Tetapi tidak kesemua empat-empat faktor yang tersebut yang mesti digunakan untuk mendapat harga unit. Terkadang-kala, Cuma faktor-faktor seperti buruh dan keuntungan sahaja yang beleh digunakan seperti mencari harga unit bagi satu-satu penggalian dengan tangan. Kedua, Cuma faktor-faktor seperti buruh, bahan-bahan dan keuntungan sahaja yang boleh digunakan untuk mengatur batu-bata (bricklaying)

a. BURUH
Bayaran harga buruh ialah upahan kepada seseorang pekerja setelah ia menyempurnakan sesuatu pekerjaan, sebagai contoh, seseorang pemborong memberi bayaran kepada pekerjanya atau dipanggil upah. Bayaran atau upah buruh ini berbeza dari segi pembayarannya mengikut kemahiran seseorang pekerja itu. Misalnya:-
1) Tukang (craftsmen or mason)
Orang yang mahir membuat sesuatu bidang pekerjaan dalam segi pertukangan seperti pertukangan kayu (carpentry), tukang mengikat batu-bata (bricklayer), tukang memasang paip (plumber) dan lain-lain lagi. Mereka-mereka ini dibayar atau diupah di antara Rm50.00 hingga Rm80.00 dalam satu hari bagi 8 jam bekerja. Tetapi bayaran ini berubah dari masa ke semasa mengikut keadaan.

2) Buruh biasa (labourer)
Orang yang separuh mahir atau tidak mahir membuat sesuatu bidang pekerjaan seperti pembancuh simen, orang yang mengangkat bata-bata, simen atau besi dan lain-lain. Seorang buruh biasa lelaki dibayar lebih kurang Rm45.00 sehari bagi 8 jam bekerja dan buruh biasa perempuan lebih kurang Rm50.00 sehari bagi 8 jam bekerja.

3) Kepala (foreman)
Orang yang ditugaskan untuk mengendalikan atau menyeliakan kerja-kerja di tapak pembinaan bagi pihak pemborong. Semua bayaran baginya selalunya diperuntukkan di dalam jumlah pengurusan syarikat pemborong yang berkenaan.

4) Angkatap buruh (labour constant)
Angkatap buruh ertinya masa yang diambil oleh seorang pekerja untuk membuat sesuatu pekerjaan hingga siap. Angkatap Buruh ini adalah satu faktor yang tidak boleh ditetapkan dengan tepat tetapi ia didapati dengan mencari hitungan panjang masa selepas membuat beberapa kajian. Misalnya, Si Ali boleh menggali satu ela padu tanah dalam masa 2 jam. Tetapi si Ahmad boleh juga membuat kerja yang sama dalam masa 1 ½ jam. Ini bermakna sesuatu pekerjaan itu tidak boleh disiapkan atau dikendalikan oleh pekerja-pekerja dalam masa yang sama atau tertentu. Oleh yang demikian seseorang pemborong boleh mendapat keuntungan lebih jika sekiranya ia menggunakan tenaga si Ahmad dari si Ali. Sebabnya bayaran untuk si Ahmad (boleh bekerja selama 1 ½ jam) adalah kurang daripada bayaran si Ali.

b. KADAR HARGA BAHAN-BAHAN
Faktor-faktor seperti berikut hendaklah diberi perhatian di dalam menentukan harga bahan-bahan
1) Harga asal bahan-bahan (net cost of materials).
2) Bayaran pengangkutan (delivery charge)
3) Harga menyimpan (storage cost)
4) Pembaziran (waste)
Harga asal bahan-bahan di dapati berubah dari masa ke semasa dan juga berubah dari satu tempat ke satu tempat. Oleh sebab itu apabila membuat anggaran hendaklah menggunakan harga pasaran semasa dalam peredaran pada ketika itu. Harga pasaran bahan-bahan ini boleh didapati dari pedagang-pedagang, majalah-majalah dan lain-lain.

c. PENGGUNAAN PERALATAN
Apabila menjalankan sesuatu projek pembangunan yang besar, kebanyakan pemborong-pemborong menggunakan alat-alat yang bersangkutan dengan pekerjaan tersebut. Alat-alat tersebut yang digunakan terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1) Alat-alat yang tidak berjentera.
2) Alat-alat yang berjentera.
1) Alat-alat yang tidak berjentera.
a) Perancah (scaffolding)
b) Alat tampang muka (profile)
c) Kain terpal (tarpaulin)
d) Kain penahan (protective clothing)
e) Tongkat pengorek (boring rod)
f) Kotak pengukur (gauge boxes)
g) Tangga (ladders)
h) Kompor atau dapur (stoves0
i) Kereta sorong beroda satu (wheel barrows)
j) Perkakas (tools)
k) Penajam perkakas (re-sharpening tools)
l) Raga atau bakul (baskets)
m) Takal, tali dan alat kerek (pulleys, rope and tackles)
n) Bangku untuk membuat kerja (work branches)
o) Papan untuk menggaul (mixing boards)
p) Baldi (buckets)
q) Tabir (screens)
r) Penyalur paip (hose pipes)
s) Perkakas untuk membengkok (bending machine.
Pada biasanya harga-harga untuk perkara-perkara yang tersebut adalah dimasukkan sebagai harga perbelanjaan harian dan pengurusan.

2) Alat-alat yang berjentera.
a) Lori berjentera (motor lorry)
b) Pengorek tanah (excavator)
c) Bulldozer (bull-dozer)
d) Penggaul konkrit (concrete mixer)
e) Penggaul mortar (mortar mixer)
f) Alat jentera untuk menaikkan sesuatu (hoist)
g) Alat jentera getaran (vibrator)
h) Alat jentera pemampatan (compressor)
i) Penyembur cat (paint sprayer)
j) Alat jentera untuk membuang (dumpers)
k) Penyembur cat (paint sprayer)
l) Alat elektrik pengerek (electric drill)
m) Alat jentera untuk pertukangan tanggam (joinery machines)
n) Alat penggiling (roller)
o) Alat penghancur batu (stone crusher)
p) Alat pelantak (rammers)

Untuk menggunakan alat-alat dan perkakas-perkakas yang tersebut di atas, pemborong-pemborong hendaklah mengadakan wang yang cukup untuk membeli atau menyewa alat-alat dan perkakas-perkakas tersebut. Oleh yang demikian modal untuk membeli atau menyewa alat-alat tersebut patutlah dikira semua untuk mendapatkan kos modal yang telah digunakan. Cara untuk mendapatkan balik wang modal bagi membeli alat-alat tersebut ialah dengan menganalisis harga penggunaan alat-alat iaitu bagi sejam sehari dan jug upah buruh yang mengendalikan alat-alat tersebut. Jadi untuk menganalisis harga penggunaan alat-alat jentera ini bagi sejam sehari, perlulah diambil perhatian beberapa faktor yang penting termasuk:
a) Harga untuk menyewa atau kejatuhan harga bagi alat-alat jentera yang digunakan (cost of hire or depreciation)
b) Harga untuk membaiki kerosakan alat-alat jentera yang digunakan (cost of repair)
c) Kehilangan faedah atau bunga ke atas wang modal untuk menyewa alat jentera tersebut. Jika sekiranya wang modal itu disimpan di dalam bank (loss of bank interest).
d) Penggunaan minyak (petrol dan minyak hitam) dan juga air bagi alat jentera tersebut (fuel and water).
e) Bayaran untuk pemandu dan buruh-buruh yang mengendalikan alat jentera tersebut dan juga harga pengendalian yang berkaitan.



mengira kepentingan bahan bangunan serta tenaga tukang, volume atau luas pekerjaan didarab dengan pekali. pekali iaitu sesuatu angka yang besarnya telah ditetapkan. akhirnya segera keluar sebagai banyaknya bahan bangunan serta kos tukang yang digunakan dalam satuannya tiap-tiap. contohnya, pasir dalam satuan m3 (mtr. padu), kayu dalam satuan m (mtr.), paku dalam satuan kg (kilogram), dsb. untuk jelasnya mengenai pekali, cermati perumpamaan berikut yang di ambil dari buku mengira bayaran kos pengubahsuaian tempat tinggal oleh zainal az:
pekerjaan pengecatan dinding sekalian plamur.
cat tembok 0, 325 kg
cat plamur 0, 12 kg
tukang cat 0. 08
kenek 0, 16 (bila diperlukan)
pekerjaan meletakkan jubin seramik 40 kali 40 cm
jubin 6. 5
simen portland 0, 223 sak
simen putih 0, 015 sak
pasir 0, 018 m3
tukang batu 0, 276
kenek pembantu tukang) 0, 274 (bila diperlukan)
nah, angka-angka perpuluhan tersebut merupakan pekali. contohnya untuk pekerjaan pengecatan bilik dengan ukuran 3 mx 3 m, contohnya, memerlukan bahan bangunan serta tenaga tukang sejumlah:
luas dinding di keempat segi bilik: 4 kali (3 kali 3) = 36 m2
cat tembok 0, 325 kg kali 36 = 11. 7 kg
cat plamur 0, 12 kg kali 36 = 4, 32 kg
tukang cat 0. 08 orang kali 36 = 2, 88 ~ 3 orang

cara yang sama diaplikasikan juga untuk pekerjaan-pekerjaan lain, mula meletakkan asas, meletakkan bata, sampai meletakkan bumbung. sudah pasti walaupun pekerjaannya sama, pekali yang dipakai bebeda. misalnya jika mengira kos kerja dinding. pemasangan bata untuk dinding boleh menggunakan mortar dengan pelbagai jenis perbandingan. ada yang perbandingan simen serta pasirnya: 5,: 4, atau: 3, sesuai dengan kepentingan serta situasi tapak pembinaan. kerana, pekali untuk simen serta pasir lalu dapat turut beralih.

cara mudah memastikan kos pengubahsuaian rumah
bila anda pingin mengira lebih terperinci kos pengubahsuaian tempat tinggal, cara diatas boleh digunakan, pastinya dengan bantuan senarai pekali yang banyak ada didalam buku-buku. tetapi terkadang untuk kos kasar, orang lebih mudah menggunakan hitungan sebagai berikut:
pemasangan dinding m2 perlu: (1m = 3kaki)
70 bata
9 m3 pasir (ditambah waste 2%)
m3 adukan perlu 4-6 sak simen (bergantung perbandingan adukannya)
tukang serta kenek boleh meletakkan 8 m2 dinding sehari

perhitungan kasar kos pengubahsuaian tempat tinggal ini, walaupun sederhana, namun sukar menganggarkan kos pengubahsuaian yang agak spesifik. jenis-jenis pekerjaan yang ada amat terhad serta umumnya berbentuk pekerjaan yang standard, layaknya meletakkan bata serta mengecat saja. sesaat itu upah tukang dengan kurang lebih, umumnya sejumlah 20-30% dari pada jumlah kos bahan binaan. kos pengubahsuaian tempat tinggal keseluruhan ini merupakan menambah total pekerjaan yang terhitung dalam projek pengubahsuaian.





Saturday 25 April 2015

hiasan dalam batu pahat


1binasuai rumah banglo pejabat area batu pahat johor

Cipta Bangunan Johor menerima perkhidmatan :

1. Bina rumah pejabat banglo kilang warehouse baru
2. Bina suai rumah pejabat banglo kilang warehouse
3. renovasi
4. lukisan pelan rumah pejabat banglo kilang warehouse
5. lukisan 3 dimensi / perspektif / 3d visual
6. binasuai Hiasan Dalam

kami juga menerima sebagai sub kontraktor .


hubungi kami di :

Cipta Bangunan Johor
sms 017 621 4017

your best partner contractor

1bina baru rumah Banglo pejabat area Batu Pahat Johor

Cipta Bangunan Johor menerima perkhidmatan :

1. Bina rumah pejabat banglo kilang warehouse baru
2. Bina suai rumah pejabat banglo kilang warehouse
3. renovasi
4. lukisan pelan rumah pejabat banglo kilang warehouse
5. lukisan 3 dimensi / perspektif / 3d visual
6. binasuai Hiasan Dalam

kami juga menerima sebagai sub kontraktor .


hubungi kami di :

Cipta Bangunan Johor
sms 017 621 4017

your best partner contractor

Friday 10 April 2015

1Butuh 3d designer Batu Pahat Johor

membantu anda merekabentuk 3d untuk area batu pahat

mesej
daniar
sri gading - batu pahat - johor
017 621 4017












1rumah idaman, membina dan suai rumah banglo johor

Cipta Bangunan Johor menerima perkhidmatan :

1. Bina rumah bangunan pejabat banglo kilang warehouse
2. Bina suai rumah pejabat banglo kilang warehouse
3. renovasi
4. lukisan pelan rumah pejabat banglo kilang warehouse
5. lukisan 3 dimensi / perspektif / 3d visual

kami juga menerima sebagai sub kontraktor .


hubungi kami di :

Cipta Bangunan Johor
sms 017 621 4017

your best partner contractor

Monday 6 April 2015

1khidmat pelukis pelan rumah banglo pejabat kilang warehouse

anda mencari pelukis pelan, 3 dimensi , animasi arkitek


daniar
seri gading - batu pahat - johor
017 621 4017



Free Download autocad 2016

http://kickass.to/autodesk-autocad-2016-32-64-bit-firstuploads-t10351325.html

instal utorrent sahaja dl

1ubah suai pejabat Batu Pahat Johor bahru

kami mempunyai kepakaran ntuk ubah suai pejabat

renovate rumah, kedai atau pejabat; mahupun sekadar renovate dapur, tandas, aircond, kitchen kabinet, lantai, siling, bumbung, pagar, awning, swimming pool, lanskap halaman atau dekorasi dalaman

subkontraktor perumahan 



daniar

017 621 4017



1ubah suai rumah BAtu pahat Johor bahru

kami mempunyai kepakaran untuk ubah suai rumah area batu Pahat Johor

1. bina rumah , banglo, pejabat, kilang, warehouse
2. bina suai rumah , banglo, pejabat, kilang, warehouse
3. gambar pelan
4. gambar 3d  / perspektif

subkontraktor untuk pekerjaan perumahan


daniar
017 621 4017

Vdeo tutorial autocad

https://www.youtube.com/watch?v=FERNTAh5s0I

https://www.youtube.com/watch?v=lwydRZZ8LC4

Thursday 2 April 2015

1Konsultan Bangunan Batu Pahat - Johor - Malaysia

Cipta Bangunan Johor menerima perkhidmatan :

1. Bina rumah bangunan pejabat banglo kilang warehouse
2. Bina suai rumah pejabat banglo kilang warehouse
3. renovasi
4. lukisan pelan rumah pejabat banglo kilang warehouse
5. lukisan 3 dimensi / perspektif / 3d visual

kami juga menerima sebagai sub kontraktor .


hubungi kami di :

Cipta Bangunan Johor
sms 017 621 4017

your best partner contractor